Majlis Pelancaran Pelekat Kenderaan Rasmi Visit Johor 2026
#IskandarPuteri, 16 Ogos 2025 – Tourism Johor dengan penuh rasa bangga memperkenalkan Pelekat Kenderaan Rasmi Visit Johor 2026 sebagai simbol usaha mempromosikan Tahun Melawat Johor 2026.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg Encik Mohammad Nazrul bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor; Encik Amirul Ashraf Muhd Johari, Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan; Kol. Jamal Bin Salleh, Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Johor; Bapak Sigit S Widiyanto, Konsulat Republik Indonesia serta dif-dif jemputan yang lain.
Majlis pelancaran ini bertujuan untuk mempergiat promosi kempen pelancongan ke peringkat nasional dan negeri menjelang tahun 2026. Pelekat rasmi diserahkan kepada pengusaha kenderaan pelancongan berdaftar untuk ditampal pada kenderaan mereka sebagai langkah meningkatkan kesedaran awam dan pelancong terhadap kempen ini.
Pelekat ini bukan sekadar hiasan – ia adalah lambang kebersamaan rakyat Johor dalam menyambut kedatangan pelancong dari seluruh Malaysia dan antarabangsa. Dengan pelekat ini, ianya membawa mesej #VisitJohor2026 ke setiap jalan dan destinasi, memperkenalkan keindahan, budaya, dan keunikan negeri Johor kepada dunia.
Mari sama-sama kita jayakan kempen ini dan sebarkan semangat Visit Johor 2026 di mana sahaja kita berada!




















Source: Tourism Johor






