Dua Acara Semarakkan Kempen Tahun Melawat Johor 2026
Kehangatan menjelang Tahun Melawat Johor 2026 kian dirasai apabila dua acara pelancongan iaitu Family Rally Wisata Explore Johor 2025 dan Majlis Pelancaran Pelekat Kereta Rasmi Visit Johor 2026 berlangsung pada hari ini.
Program Family Rally Wisata Explore Johor 2025 yang berlangsung pada sebelah pagi menghimpunkan 150 peserta dari Indonesia dan Singapura yang bukan sahaja menjelajah daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi tetapi peserta juga perlu menamatkan sejumlah 12 ‘checkpoint pelancongan’ yang menguji minda, selain menuntut mereka mempromosi produk tempatan secara kreatif dan kritis.
Sementara itu, Majlis Pelancaran Pelekat Kereta Rasmi Visit Johor 2026 yang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Ibrahim pula menjadi antara usaha penting dalam menyemarakkan Tahun Melawat Johor 2026 menerusi pengenalan ‘duta bergerak’ yang berperanan dalam mempromosikan pelbagai informasi berkaitan acara pelancongan terbesar Negeri Johor berkenaan.



































Source: Media Digital Johor





