Majlis Penutup Family Rally Wisata Explore Johor 2025
Sekitar kemeriahan Majlis Penutup dan Gala Dinner ‘Family Rally Wisata Explore Johor 2025’ yang telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Encik Mohd Amin Kadiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Tourism Johor di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru semalam.
‘Family Rally Wisata Explore Johor 2025’ yang menghimpunkan 150 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura merupakan acara bagi menyemarakkan lagi kehadiran Tahun Melawat Johor 2026 dengan menjelajah destinasi pelancongan menarik Johor melalui 12 ‘checkpoint’ menggunakan 50 kenderaan diisi pelbagai aktiviti interaktif.



























Source: Media Digital Johor





