Gala Dinner Family Rally Wisata Explore Johor 2025

#johorbahru, 17 Ogos 2025 – Family Rally Wisata 2025 menghimpunkan 150 peserta dari 3 buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia menjelajah destinasi pelancongan menarik di sekitar Johor dengan 50 buah kenderaan.
Program yang berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2025, membawa para peserta meneroka keindahan, sejarah dan warisan Johor melalui 12 checkpoint yang diisi dengan aktiviti interaktif seperti kuiz, cabaran kreatif, lawatan lokasi ikonik serta menikmati makanan tradisional tempatan.
 
Pemenang tempat pertama berjaya mengumpul mata sebanyak 7,467.48 sepanjang penganjuran rally ini! Selain mencatat kemenangan, perbelanjaan dan aktiviti para peserta juga secara tidak langsung menyumbang kepada perggerakan ekonomi tempatan di sektor pelancongan, perhotelan, makanan serta peruncitan.
 
Inisiatif sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, tetapi turut memacu ekonomi negeri ini seiring dengan persiapan menuju Visit Johor 2026.
 
Majlis penutup dan sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBhg En Mohd Amin bin Kadiman, Timbalan Pengarah Tourism Johor dengan diringi oleh En Fairuz Iskandar, Pengarah Urusan Jomstay Digital Technology (M) Sdn Bhd serta dif-dif jemputan yang lain.
 
Program seperti ini menjadi platform untuk mempromosikan keindahan Johor serta menyemarakkan kempen Visit Johor 2026, membawa mesej bahawa Johor sedia menerima lebih ramai pelancong dari seluruh dunia.

Source:  Tourism Johor

Previous Post
Next Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Johor Tourism Association

Johor Tourism Association (JTA) is a collaborative platform that brings together tourism stakeholders across Johor. As a non-profit entity, JTA is committed to promoting Johor as a world-class travel destination through industry development, strategic partnerships, and advocacy. By uniting voices from across the sector, we aim to enhance the tourism ecosystem and create long-term value for both visitors and industry players.

Most Recent Posts

An organisation that connects tourism stakeholders, promotes industry development, and advocates for Johor as a premier travel destination.

Contact Us

No. 93B, Jalan Tanjong 1, Taman Desa Cemerlang, 81800 Ulu Tiram, Johor.

admin@johor-tourism.com

+607-827 7777

Become Membership

© 2025 Johor Tourism Association (JTA). All rights reserved.