3 Negara, 1 Destinasi, Family Rally Wisata Sedia Teroka Johor
#johorbahru, 15 Ogos 2025 – Acara unik yang menghimpunkan 150 peserta dari 3 buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia menjelajah destinasi pelancongan menarik di sekitar Johor. dengan 50 buah kenderaan.
Program yang berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2025, membawa para peserta meneroka keindahan, sejarah dan warisan Johor melalui 12 checkpoint yang diisi dengan aktiviti interaktif seperti kuiz, cabaran kreatif, lawatan lokasi ikonik serta menikmati makanan tradisional tempatan.
Majlis Flag Off disempurnakan oleh YBhg Encik Mohammad Nazrul bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor. Hadir sama mengiringi; Encik Amirul Ashraf Muhd Johari, Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan. Turut hadir sama; Kol. Jamal Bin Salleh, Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Johor, Bapak Sigit S Widiyanto, Konsulat Republik Indonesia serta dif-dif jemputan yang lain.
Program ini menjadi platform untuk mempromosikan keindahan Johor serta menyemarakkan kempen Visit Johor 2026, membawa mesej bahawa Johor sedia menerima lebih ramai pelancong dari seluruh dunia.
















Source: Tourism Johor






